Kebaikan VCOA Treenea untuk Ibu Hamil dan Bayi



F.A.Q


Khasiat VCOA Treenea kepada Kesihatan Dalaman




KEBAIKAN VCOA KEPADA KESIHATAN DALAMAN TUBUH BADAN:

Minyak kelapa dara meningkatkan tenaga dan daya tahan dari segi fizikal dan mental (atlit sukan US & Eropah banyak menggunakannya).

Minyak kelapa dara memperbaiki dan mengurangkan masalah kesakitan pencernaan serta penyerapan vitamin-vitamin dan asid amino yang dapat dilarutkan lemak.

Minyak kelapa dara mengurangkan stress pada pankreas dan sistem-sistem enzim dalam tubuh serta membawa fungsi thyroid.

Minyak kelapa dara meningkatkan penyerapan kalsium dan magnesium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat. Ia juga melindungi diri dari serangan osteoprosis.

Mencegah penyakit atherosclerosis dan stroke serta membantu menurunkan tekanan darah tinggi.

Minyak kelapa dara mencegah risiko sakit jantung kerana minyak ini tidak mengandungi kolestrol yang tinggi pada darah.

VCOA Membantu untuk Pertumbuhan Rambut Sihat


Pertumbuhan rambut tiada kaitan dengan memotongnya.Rambut akan cepat tumbuh apabila kita mempunyai kulit kepala yang sihat.

Secara semulajadi, penggunaan VCOA LIQUID Treenea sebagai pelembab rambut dapat membantu anda mempunyai kulit kepala yang lebih sihat dan rambut yang lebih kuat.
Jauhkan daripada penggunaan produk-produk penjagaan rambut berasaskan bahan kimia kerana ia akan memberikan kesan negatif dalam jangka masa panjang.

Kebaikan Minyak Kelapa Dara kepada Pesakit Kencing Manis


BAGAIMANA VCOA MEMBANTU?

Pengidap kencing manis cenderung untuk menjadi lebih letih dan lesu. Mereka perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat dan gula di dalam diet mereka kerana corak pengambilan makanan seperti ini menjadikan mereka kurang bertenaga.

Dengan memakan/meminum VCOA, pesakit kencing manis akan mendapat tenaga segera daripada VCOA dimana VCOA bertindak memberi tenaga yang sama seperti karbohidrat.

"Minyak kelapa adalah lemak yang menyerupai karbohdrat dan apabila diminum akan terus ke hati dan bertukar memjadi tenaga" Dr. Kamariah Long. Pusat Penyelidik Kanan Bioteknologi Mardi.

VCO Treenea Liquid


VCO ANTIOXIDANT TREENEA LIQUID 
180ML
RM40 S/M, RM43 S/S

Minyak kelapa dara dalam bentuk cecair. Khasiat dan kandungan dalam minyak kelapa dara ini adalah sama dengan vco treenea dalam bentuk softgel, cuma berbeza dari segi bentuknya sahaja. VCO treenea dalam bentuk cecair ini boleh digunakam untuk tujuan sapuan di muka, kulit badan ataupun di minum sebagai alternatif kepada sesiapa yang tidak boleh mengambil supplement dalam bentuk kapsul atau softgel. VCO cecair inu boleh disapukan di kulit muka yang bermasalah sebelum tidur atau dijadikan sebagai make up base.

Produk Treenea



1) VCO Antioxidant TREENEA (60capsule)

2) VCO Antioxidant TREENEA (Liquid-180ml)

3) Collagen MieraBella TREENEA (60capsule)

**PRODUK BERASASKAN MINYAK KELAPA DARA**

Stay Healthy, Be Beautiful


Tip 2


Elakkan pengambilan VCOA sebelum makan kerana berkemungkinan tindak balas kurang berlaku disebabkan VCOA yang dimakan ditimpa oleh makanan yang diambil.

Tip Pengambilan VCOA


Tip pengambilan VCOA untuk orang yang selalu mengantuk dan letih di siang hari. Ambil 2 biji VCOA softgel setiap hari selepas sarapan.

Sihat dengan VCOA Treenea


Jom makan VCOA Treenea!!
Hanya RM40 S/M & RM43 S/S
- harga tidak termasuk postage.

Khasiat Minyak Kelapa Dara untuk Tulang


Pengambilan minyak kelapa dara meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap lebih banyak mineral penting termasuk kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk perkembangan tulang yang sihat dan kuat. Oleh itu, ia sesuai di ambil oleh wanita di usia pertengahan ataupun mereka yang mengalami masalah osteoprosis. 

Jom amalkan VCOA Treenea untuk tulang yang sihat dan kuat! :)

Kelebihan VCOA Treenea berbanding VCO biasa


VCOA Treenea berbeza dengan vco biasa kerana ianya kaya dengan Vitamin E (a-tocopherol), Vitamin A (retinol), dan Vitamin D (cholecaciferol) yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Hal ini berbeza  dengan VCO biasa yang selalunya mengandungi pure oil semata-mata.

Kaitan VCOA dan Penyakit Jantung


Pengambilan Minyak kelapa dara memberi kebaikan kepada jantung. Hal ini kerana ia mengandungi asid laurik sekitar 50%-70% yang membantu dalam mencegah pelbagai masalah jantung termasuk kadar kolestrl tinggi dan tekanan darah tinggi.

Lemak tepu yang terkandung di dalam minyak kelapa dara tidak berbahaya seperti dalam minyak sayuran yang lain.Ia tidak meningkatkan kadar LDL.Malah, dapat mengurangkan timbulnya kecederaan di arteri dan membantu mencegah aterosklerosis.

Kesan Segera Pengambilan VCOA pada Tubuh Badan


1) Melegakan Pernafasan - Mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong.
2) Melawaskan Pembungan Air Besar dan Kecil - Menyelesaikan malasah sembelit dan kencing tidak lawas.
3) Meningkatkan Kadar Metobalisme pada Tubuh - Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan. Badan akan rasa lebih bertenaga.
4) Mengurangkan Rasa Lapar
5) Mengurangkan Kandungan Lemak Badan
6) Mengurangkan Risiko Serangan Sakit Jantung dan Darah Tinggi
7) Mempercepatkan Pengantian Sel-sel Kulit mati

Kelebihan VCOA Treenea


1) PELEMBAB: Sapuan VCOA ke seluruh muka, leher mahupun seluruh badan membantu mengelakkan kulit kering.Boleh juga dijadikan sebagai asas mekap.

2) SERUM RAMBUT: Ratakan VCOA ke tapak tangan dan sapukan ke rambut.Sesuai dijadikan sebagai perapi rambut selain disapu/diurut kepala untuk merawat kulit kepala disamping merawat rambut rosak.

3) MAKEUP REMOVER: Titiskan beberapa VCOA pada kapas pembersih muka dan anda akan terpesona dengan kesannya.

4) KRIM MATA: Sapu nipis VCOA dibahagian bawah mata untuk mengurangkan lebam mata serta garis-garis halus penuaan.

5) AFTERSHAVE: VCOA boleh membantu memulihkan kulit selepas proses bercukur tanpa menyumbatkan pori.

KREDIT to TREENEA ALOR SETAR dan NOUR AN BEAUTY CARE BANGI

Kebaikan Minyak Kelapa Dara kepada Rambut


Minyak kelapa merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan bersinar. Urutan kepala dengan menggunakan minyak kelapa dara membantu kulit kepala bebas dari masalah kelimumur, kutu, gatal-gatal dan masalah kulit kepala yang lain.

Minyak kelapa dara banyak digunakan di benua India sebagai rawata rambut. Ia merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu pertumbuhan semula rambut yang rosak. Hal ini kerana, minyak kelapa dara mengadungi khasiat protein yang diperlukan dalam membaiki rambut rosak.

Kebaikan VCOA kepada Bayi


Bagi bayi yang mengalami masalah ruam/ekzema, sapukan VCOA pada kulit mereka. Lihat dalam beberapa hari, kulit bayi akan kembali sihat dan licin. Sekiranya bayi mendapat demam kuning, lelah/asma atau batuk pada awal usia kelahiran, berikan VCOA sebagai alternatif rawatan yang berkesan. VCOA juga boleh dititiskan dalam makanan bayi seperti bubur/nestum sebagai penambah zat dan nutrien yang sihat. Malah, VCOA sangat bagus sebagai rawatan demam ringan, cacar, selsema mahupun sakit kulit untuk kanak-kanak.