Minyak kelapa merupakan salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut yang sihat dan bersinar. Urutan kepala dengan menggunakan minyak kelapa dara membantu kulit kepala bebas dari masalah kelimumur, kutu, gatal-gatal dan masalah kulit kepala yang lain.
Minyak kelapa dara banyak
digunakan di benua India sebagai rawata rambut. Ia merupakan penyejuk yang
sangat baik dan membantu pertumbuhan semula rambut yang rosak. Hal ini kerana,
minyak kelapa dara mengadungi khasiat protein yang diperlukan dalam membaiki
rambut rosak.
No comments:
Post a Comment